Error

SRU & UPKK pertama SRI Al Hafidz

Print

Bandar sierra 13 Okt - Seramai 40 orang murid Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra menduduki kertas peperiksaan UPKK & SRU buat pertama kali sejak sekolah ini ditubuhkan. Peperiksaan ini berlangsung selama seminggu bermula daripada 13 Oktober hingga 17 Oktober.


 

'Seramai 40 orang muird SRI Al-Hafidz telah layak dan kami amat bersyukur semuanya berjalan dengan baik walaupun ada sedikit masalah', kata Mudir SRI Al-Hafidz ustaz Mohamad Razlie bin Mohamad Omar.

sru_upkk

 

Berbicara tentang SRI Al-Hafidz, beliau menjelaskan bahawa antara kandungan utama sistem pendidikan yang diterapkan disini iaitu melahirkan generasi yang berlandaskan ilmu dan keimanan.

Selain itu katanya, sekolah ini juga mampu menjamin masa depan yang cerah kepada murid-murid dengan penekanan kepada sistem akademik yang sama seperti di sekolah-sekolah kementerian.

srupkk4

 

srupkk3

Beliau berharap agar penubuhan sekolah ini mampu pergi lebih jauh dengan sokongan dan dokongan masyarakat umat Islam seluruhnya sekaligus membantu menyediakan peluang menuntut ilmu agama di kalangan masyarakat Sabah yang dahagakan ilmu pengetahuan.


Last Updated ( Friday, 30 January 2015 12:50 )