Error

Gotong Royong Pengubahsuaian Bangunan Sekolah & Madrasah Anak Yatim dan Fakir Miskin SRI Al-Hafidz

Print

Kerja-kerja mengubahsuai bangunan giat dijalankan ketika ini untuk memastikan keperluan sekolah dan madrasah akan dipenuhi kelak bila dibuka. Pada 3 April 2011 (Ahad) yang lepas, ramai Ahli Jawatankuasa Sekolah yang turun membantu kerja-kerja pengubahsuaian ini.

Pengubahsuaian ini meliputi ruang untuk Kedai Koperasi Sekolah, Kelas Tahun 2, Asrama dan Pusat Pembelajaran Anak Yatim dan Fakir Miskin, Asrama Tenaga Pengajar Muslimin, Bilik Sakit pelajar, Bilik Guru Muslimat dan Dewan Serbaguna SRI Al-Hafidz (Dewan Darul Syifa’).

Kos ubahsuai termasuk sewa bangunan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150K. Justeru, pelbagai usaha dilakukan untuk menampung kos perbelanjaan ini. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, amatlah dialu-alukan. Sesungguhnya segala jasa dan sumbangan yang diberikan, moga-moga menjadi saham akhirat kelak. InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah disalurkan di atas nama SEKOLAH AGAMA RAKYAT AL -HAFIDZ

NO AKAUN

  1. BIMB                :           100 160 100 782 10
  2. MAYBANK        :           560 214 005 477

 


Kedai dan Koperasi Sekolah

 


Kelas Tahun 2

 


Asrama dan Pusat Pembelajaran Anak Yatim & Fakir Miskin

 


Asrama Tenaga Pengajar Muslimin

 


Bilik Sakit Pelajar

 


Bilik Guru Muslimat

 


Dewan Serbaguna SRI Al-Hafidz (Dewan Darul Syifa’)

 

 

 

  

 

 

 

 

Last Updated ( Thursday, 07 April 2011 12:30 )