Error

Lawatan Yang di Pertua (YDP) Persatuan Ulama Malaysia

Print

Pada 27 Mac 2011 yang lepas, SRI Al-Hafidz menerima lawatan dari Yang di Pertua (YDP) Persatuan Ulama Malaysia, Datok Syeikh Abd Halim bin Abd Kadir.

Lawatan kali ini melibatkan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan bersama Datok YDP, dan juga diadakan penyampaian kuliah di Masjid TM yang menyentuh beberapa perkara penting, antaranya:

- Persiapan untuk menghadapi akhirat
- Pendidikan keluarga dan anak menurut al-Quran
- Membudayakan Program Membaca, Memahami dan Beramal dengan al-Quran

Diharapkan lawatan-lawatan dan perkongsian seperti ini akan menjadi satu kelaziman di SRI Al-Hafidz untuk memantapkan lagi proses pembangunan dan memperkasakan warga sekolah untuk sama-sama berusaha ke arah Membina Generasi Al-Quran. InsyaALLAH.

 


sumber gambar: http://abunuha.wordpress.com