Error

Majlis Perlancaran Program Mentor & Mentee

Print

Alhamdulillah...Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz telah melancarkan Program Mentor Mentee yang telah dirasmikan oleh Mudir SRI Al-Hafidz, Ustaz Mohamad Razlie semasa sesi perhimpunan, 9 Mac 2015 kelmarin. Ustazah Siti Rosmadiah selaku pengarah program amat berharap kerjasama yang baik dari kalangan guru mahupun pelajar agar perancangan yang telah dibuat menjadi lebih baik dari sebelumnya.

IMG20150309080938

Satu pembaharuan pada tahun ini ialah mentee diberikan kepada mentor masing-masing mengikut kelas. hal ini untuk memudahkan mentor menyelia mentee masing-masing dengan lebih kemas dan teratur. Program kali ini membawa tema "Menyemai Ukhwah, Membina Keberkatan, Mencipta Kecemerlangan Dunia & Akhirat". Semoga program seperti ini dapat membantu dalam membina generasi Qurani yang menjunjung ajaran Rabbani...Insya-Allah

IMG20150309083109

 

IMG20150309083112