Error

4 organisasi anjur ibadah korban dan akikah oktober ini

Print

Bandar Sierra, 18 September – Buat julung kalinya SRI Al-Hafidz dengan kerjasama MARITIM, DARUSSYIFA’ dan Muslim Care akan menganjurkan ibadah korban dan akikah pada 16 Oktober depan.

Menurut Penolong Setiausaha Program, Ustaz Salman Mohd Amin, aktiviti ini bertujuan untuk menunaikan tuntutan fardu kifayah dan sekaligus dapat menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“Kami mensasarkan pengagihan daging korban akan diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan sekitar kawasan Sepanggar” Katanya.

Pihak penganjur menganggarkan enam ekor lembu akan ditumbangkan untuk program korban dan akikah pada kali ini.

Sehubungan itu, pihak penganjur menjemput muslimin dan muslimat yang berkelapangan untuk hadir memeriahkan majlis ini.  

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

1011555_377853682317134_1793348409_n

Last Updated ( Friday, 20 September 2013 15:28 )