Error

Kelab bola sepak SRI Al-Hafidz menang 6-5

Print

Bandar Sierra, 29 Ogos – Kelab bola sepak SRI AL-Hafidz Bandar Sierra menang 6 berbalas 5 dalam pertandingan futsal persahabatan di antara SRI Tuaran yang berlangsung kelmarinfutsal
bertempat futsal court tambalugu, Tuaran.

Program yang dianjurkan oleh kelab Bola Sepak SRI Tuaran  merupakan satu aktiviti yang terdekat dan permulaan bagi kedua-dua kelab sebelum ke aktiviti yang lebih besar pada masa akan datang.

 

Menurut Guru Pembimbing kelab Bola Sepak SRI Al-Hafidz, Ustaz Salman Amin, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan siraturrahim di antara kedua-dua pihak.

Katanya, walaupun terpisah jauh di antara kedua-dua sekolah, namun tautan hati masih tetap wujud.

Selain itu, ia juga mampu menonjolkan bakat pelajar yang terpendam  terhadap sukan bola sepak.

“ Program ini diadakan buat julung kalinya dan seramai 15 orang pelajar SRI Al-Hafidz terlibat dalam futsal persahabatan pada kali ini”, Katanya.

Pelajar SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, bertolak pada jam 2.3. Program sejam yang bermula pada jam 3.30 hingga 4.30 petang, menimbulkan satu suasana sukan yang harmoni. Terlebih dahalu SRI Tuaran mendahului permainan 2 mata, sebelum SRI Al-Hafidz menyamai 2 mata sehingga masa tamat. Perlawanan ditentukan dengan penalti, SRI Al-Hafidz menang penalti 6 berbalas 5.

Untuk melihat gambar sepanjang perlawanan, sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8


Last Updated ( Thursday, 29 August 2013 15:18 )