Error

Tahniah Adik Afifah dan Nabihah

Print

Bandar Sierra, 26 Ogos - Pihak Sekolah SRI Al-Hafidz mengucapkan tahniah kepada duaafifah  nabihah
pelajar SRI Al-Hafidz yang telah menyertai Majlis Ihtifal KAFA peringkat pantai barat selatan, bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah pada Sabtu lalu.

 

Dua pelajar tersebut ialah Adik Afifah Ismahani Tamin,9 wakil pertandingan pidato dan Adik Nurul Khadeeja Nabihah Nordin,10 wakil pertandingan tilawah al-quran.

Dalam pertandingan tersebut, Adik Afifah Ismahani telah mendapat tempat pertama, tajuk pidato ‘Berbakti kepada orang tua’.

Beliau terbaik daripada 5 peserta, telah membawa pulang wang tunai, piala beserta sijil. Adik Afifah berbakat dalam bidang pidato, syarahan dan becerita. Sebelum ini, beliau mendapat tempat ke-3 pertandingan becerita adiku sabah FM musim ke-2.

Manakala, Adik Nurul Khadeeja Nabihah Nordin telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tilawah al-quran, membawa pulang piala dan sijil. Ucapan tahniah pencapaian yang diraih walaupun julung kali menyertai pertandingan KAFA.

Program dirasmikan oleh Ustazah Hajjah Noordianah Alwi, Penolong Pengarah Pengarah (Unit KAFA) JAKIM Cawangan Sabah .

Untuk melihat gambar sepanjang program, sila klik di sini. 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Monday, 26 August 2013 11:01 )