Error

Ulama Madinah serta rombongan lawat SRI Al-Hafidz

Print

Bandar Sierra, 10 Julai – Ulama daripada Madinah, Sheikh Habib Umar Abdur Rahman Al-Jufri beserta rombongan telah ke SRI Al-Hafidz pada 2 Julai lalu.941177_353329451436224_868295920_n

Tujuan utama lawatan beliau ke SRI Al-Hafidz adalah untuk melihat Sekolah Rendah Islam pertama yang bertapak di negeri ini.

Sepanjang lawatan, beliau sempat mengimami solat zuhur serta memberi tunjuk ajar warga SRI Al-Al-Hafidz bagaimana solat dengan sempurna. Bermula dari takbirratul ihram sehingga salam. Kesemua diterangkan secara terperinci.

 

“Solat tanpa whudu, solat tidak akan sah, tetapi amalan yang lain tanpa whudu pun tidak mengapa”. Katanya.

Selain mendidik audien tentang solat, beliau juga telah mendoakan keselamatan dan kesejehteraan warga SRI Al-Hafidz agar maju dan mampu melahirkan ummah yang benar-benar faham Islam.

Beliau turut mengingatkan audiens akan perintah Allah, sayangi ibubapa, sayangi guru dan jaga tubuh badan (kesihatan).

Selepas beliau memberi ceramah kepada warga SRI Al-Hafidz, beliau sempat berjumpa dengan Ustaz Junaidy dan Encik Ahmad Fauzi membincangkan tentang beberapa hal berkaitan sekolah.

Antara yang dibincangkan bersama, beliau berharap supaya murid SRI Al-Hafidz menjadi insan yang akan membangunkan ummah pada masa akan datang.

Beliau juga telah menyumbangkan wang bernilai 200 dolar kepada Pegawai kewangan SRI Al-Hafidz.

Untuk melihat gambar sepanjang lawatan Sheikh Habib Umar Abdur Rahman Al-Jufri sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Wednesday, 10 July 2013 11:50 )