Error

Nur Qalbi buat persembahan di SMAKK

Print

Bandar Sierra, 27 Jun – Kumpulan Qasidah Nur Qalbi SRI Al-Hafidz telah membuat persembahan sempena Majlis Sambutan Israk Mikraj Sekolah Menengah1040794_349467971822372_1571481399_o
Agama Kota Kinabalu (SMAKK) pada 20 Jun lalu bertempat di Dewan.

Seramai 25 pelajar dan 3 orang guru pembimbing terlibat dalam persembahan Qasidah yang dihadiri oleh Pengetuan SMAKK serta guru-guru dan pelajar SMAKK. 

Qasidah SRI Al-Hafidz yang diketuai oleh Ustaz Razlie telah mempersembahkan empat lagu iaitu selawat Thobibiyah, Ya Thoibah, Ya Hanana dan Sholatun Bisalamil mubin.

Sebelum ini pada 31 Mei lalu, Qasidah Nur Qalbi SRI Al-Hafidz telah membuat persembahan sempena Karnival Amal Majlis Bandaraya bersama kumpulan nasyid popular Hijjaz.

Sesiapa yang berminat menjemput Qasidah SRI Al-Hafidz untuk membuat persembahan di majlis-majlis yang anda adakan. Sila hubungi Ustaz Razlie di talian 0148508505 atau 088473978.

Untuk melihat gambar sepanjang program di SMAKK sila klik di sini. Manakala video rakaman di Masjid Bandaraya sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Wednesday, 26 June 2013 16:56 )