Error

58 bakal pelajar tahun 1 hadiri temuduga

Print

Bandar Sierra, 24 Jun – Seramai 58 bakal pelajar tahun 1 sesi 2014 telah menjalani sesi temuduga yang diadakan di SRI Al-Hafidz, Sabtu lalu.998589_349772105125292_1474397802_n

Menurut Pemangku Mudir, Ustazah Fauziah Saidin  daripada jumlah itu pihak sekolah hanya menerima 50 orang pelajar disebabkan tempat yang agak terhad.

“ Kita terpaksa menghadkan pengambilan pelajar tahun 1 sesi depan kerana kelas baharu hanya mampu menempatkan 25 orang pelajar dan permintaan yang ramai mendesak pihak sekolah mengadakan sesi temuduga ”, Katanya.

Ujar beliau, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa sekiranya anak mereka berjaya dalam temuduga yang diadakan sabtu lalu.

Namun begitu katanya, bagi ibubapa yang tercicir daripada pangilan sesi temuduga sebelum ini, pihak sekolah akan mengadakan sesi temuduga pada Sabtu 29 Jun ini.

 Tambahnya, pihak sekolah akan memaparkan nama pelajar tahun 1 yang berjaya masuk ke SRI Al-Hafidz sesi 2014 di laman web sekolah.

Sehubungan itu katanya, ibubapa harus sentiasa peka dengan membuka laman web Sri Al-Hafidz di www.srialhafidz.edu.my untuk mengetahui maklumat.

Untuk melihat gambar sepanjang sesi temuduga sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Monday, 24 June 2013 17:04 )