Error

SRI Al-Hafidz lancar tabung bersama TH

Print

Bandar Sierra, 23 Mei – Bagi menanam niat untuk menunaikan Haji di kalangan guru-guru dan pelajar SRI Al-Hafidz, Unit Pentadbiran dengan kerjasama Tabung Haji cawangan Sabah, telah946706_339345819501254_1582677592_n
menganjurkan program ‘Jom Menabung bersama Tabung Haji’ pada 21 Mei lalu bertempat di Surau Nur Bahari.

Menurut Guru Penolong kanan Pentadbiran, Ustazah Ruzanna berkata, pihak sekolah juga ingin menyemai sikap positif seperti berjimat cermat dalam penggunaan wang untuk kebaikan jangka masa panjang.

“ Kami menggalakkan pelajar SRI untuk menabung di Tabung Haji bagi mengikut syariat Islam serta simpanan halal kerana ia menepati tuntutan syarak”, Katanya.

Ujar beliau, pihak sekolah juga ingin menyemai semangat cintakan Allah dan Rasul, semoga melalui simpanan di Tabung Haji ini, para pendeposit akan berpeluang menunaikan salah satu rukun Islam iaitu menunaikan haji.

Selain itu, bonus yang kompetitif kepada pendeposit juga akan memberi manfaat kepada pelabur.

Sepanjang program ini berlangsung, tayangan Upin & Ipin berjudul kempen berjimat cermat cari dan simpan. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan rakaman ibadah haji.

Untuk melihat gambar sepanjang program bersama Tabung Haji sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Thursday, 23 May 2013 11:39 )