Error

40 orang pelajar hadiri sesi Ujibakat Sabah FM

Print

Bandar Sierra, 21 Mei – Seramai 40 pelajar dari pelbagai sekolah telah mempamerkan kebolehan dalam sesi Ujibakat Carta Sirah Nabi Adikku anjuran Sabah FM di sini, sabtu lalu.945851_338981486204354_1348435151_n

Daripada jumlah itu, seramai 18 orang pelajar SRI Al-Hafidz telah melibatkan diri untuk bersaing bagi mendapat tempat ke peringkat akhir.

Menurut Guru Penyelaras Program, Ustazah Siti Nizam, program ini sangat baik untuk melahirkan pendakwah yang berkebolehan dalam berhujah menggunakan ayat-ayat Al-quran.

Ujarnya, semoga ada pelajar SRI Al-hafidz yang akan terpilih ke peringkat seterusnya.

 " Saya amat teruja dengan persembahan peserta yang begitu petah berbicara serta berkeyakinan ketika berada di atas pentas bagi menarik perhatian pihak juri". katanya.

Tambah beliau, Sabah FM akan menghubungi peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya dalam tempoh sebulan dan peserta perlu mendengar radio popular tersebut untuk mengetahui perkembangan lanjut.

Beliau turut meminta peserta yang terlibat agar sentiasa berdoa kepada Allah supaya mereka terpilih dalam Carta Sirah Nabi Adikku musim ke-3 ini.

Untuk melihat Carta Sirah Nabi musim ke-2 sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Tuesday, 21 May 2013 09:38 )