Error

Qasidah SRI buat persembahan di SM La Salle

Print

Bandar Sierra, 10 Mei – Sempena sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Menengah La Salle, kumpulan Qasidah SRI Al-Hafidz telah dijemput untuk membuat persembahan pada majlis931269_522685577794405_1116170484_n
tersebut di sini, hari ini.

 Menurut Guru Pembimbing, Ustaz Razlie Omar, persembahan di SM La Salle agak berbeza dengan persembahan kami sebelum ini, suasana sebak dan sayu apabila ada di kalangan hadirin yang mengalirkan airmata mendengar alunan qasidah memuji Allah dan Rasulnya. 

“ Apabila penonton menitiskan air mata melihat persembahan kami, membuatkan kami merasa cukup terharu, semoga pelajar yang terlibat akan memartabatkan islam di muka bumi ini”. Katanya.

Antara selawat yang dipersembahkan oleh Qasidah SRI Al-Hafidz yang diketuai oleh Ustaz Razlie ialah ‘Selawat Thobibiyah,Ya Thoyyibah dan Solatun Bisalamil Mubin.

Sehubungan itu, semoga Qasidah SRI Al-Hafidz semankin maju dan mampu meningkatkan kualiti persembahan dengan adanya jemputan rasmi ataupun tidak rasmi. 

Untuk melihat gambar semasa majlis berlangsung sila klik di sini. 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui: 

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



Last Updated ( Friday, 17 May 2013 12:06 )