Error

Pelajar SRI buat persediaan awal sebelum peperiksaan sem 2

Print

 

Bandar Sierra, 8 Mei – Guru Penolong Kanan 1, Ustazah Fauziah Saidin (Gambar) menasihatkan semua pelajar SRI Al-Hafidz mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan awal untukUstazah Fauziah Saidin_small
menghadapi peperiksaan semester 2 yang akan diadakan pada 13 hingga 17 Mei ini.

 

Menurutnya, setiap pelajar mesti menunjukkan kemampuan untuk menjawab soalan dengan mendapat keputusan cemerlang.

Tambah beliau, peperiksaan ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan pelajar sepanjang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan untuk semester ini.

“Kami guru-guru SRI Al-Hafidz mendoakan semua pelajar yang menduduki peperiksaan  semester 2 berjaya dan semoga ilmu yang dipelajar dapat dimanfaatkan di dunia dan akhirat”. Katanya

Sehubungan itu, diharap pelajar datang awal ke sekolah serta membawa kelengkapan sekolah dengan lengkap sebelum menduduki peperiksaan tersebut.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10  

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477  

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8  



 

 

Last Updated ( Wednesday, 08 May 2013 16:45 )