Error

26 pelajar Politeknik KK ikuti OPKIM di SRI Al-Hafidz

Print

 

Bandar Sierra, 7 Mei – Seramai26 pelajar Politeknik Kota Kinabalu telah menjalankan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) bertempat di SRI Al-Hafidz pada 3 dan 4 Mei lalu.255785_335507443218425_784191924_n

 

Menurut Penyelia SRI Al-Hafidz, Ustaz Syainal, tujuan utama operasi ini adalah untuk mengeratkan hubungan siraturrahim di kalangan peserta, selain dapat mendidik peserta untuk bekerjasama.

“Pihak sekolah amat berterima kasih kepada peserta kerana telah membersihkan kawasan sekolah”, Katanya.

Tambah beliau, program dua hari ini amat bermakna kepada SRI Al-Hafidz kerana ia mampu mengubah persekitaran sekolah agar kelihatan bersih dan kemas.

Antara kawasan yang terlibat dalam operasi ini ialah surau Nur Bahari, Dewan serbaguna, dapur masak, bilik darjah dan kawasan luar sekolah.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas tenaga dan masa yang diberikan oleh pelajar Politeknik KK yang terlibat untuk membangunkan SRI Al-Hafidz.

Untuk melihat gambar sepanjang program sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui: 

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477 

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8 

 

Last Updated ( Tuesday, 07 May 2013 16:02 )