Error

Pertandingan bercerita peringkat sekolah serlah bakat pelajar

Print

Bandar Sierra, 30 April – Bagi mencungkil bakat pelajar dalam bercerita sebelum mengadakan ujibakat bersama Sabah FM pada 18 Mei depan, SRI Al-Hafidz telah menganjurkan320892_333449503424219_1795792997_n
pertandingan bercerita terbuka kepada semua pelajar yang berakhir hari ini.

Menurut Pengarah program, Ustazah Siti Rosmadiah, tujuan utama program ini adalah untuk melatih serta membiasakan pelajar dengan situasi pertandingan agar pelajar dapat bersedia sebelum mengadakan ujibakat bersama RTM.

“Alhamdulillah sambutan pelajar amat menggalakkan sehingga kami mengambil masa 2 hari untuk mengadakan program ini dan seramai 26 orang peserta terlibatbersaing untuk menjadi yang terbaik”, katanya.

Untuk peringkat sekolah , 5 orang juri telah dilantik bagi mengadili pertandingan ini, dua aspek utama dinilai antaranya ialah suara dan gaya.

Tambahnya, aspek suara,  peserta akan dinilai sebutan, intonasi, nada dan kelancaran. Manakala bagi aspek gaya, peserta akan dinilai mimik muka, penghayatan, bahasa tubuh, dan penampilan.

Namun begitu katanya, semua peserta akan diserap masuk dalam sesi ujibakat Program Carta Sirah Nabi Adikku musim ke-3.

Sehubungan itu, beliau berharap agar semua peserta memperbaiki mutu persembahan sebelum menjelang 18 Mei depan bagi melayakkan mereka terpilih mengikuti Carta sirah nabi anjuran Sabah FM.

Untuk melihat gambar sepanjang program sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8