Error

Usrah ganti mentor mentee mula Mei ini

Print

Bandar Sierra, 23 April – Bagi mengeratkan siraturrahim antara guru dan murid, Unit Kaunseling akan mengadakan usrah kepada pelajar pada setiap khamis mengantikan Mentor Mentee66666666666666
bermula mei ini.

 

Menurut Guru Penolong Kanan Kaunseling, Ustazah Darma Yusop berkata, program usrah ini mampu merapatkan hubungan di antara pelajar dan guru-guru.

Tambahnya, melalui usrah ini, guru akan menerapkan ilmu kepada pelajar diluar bilik darjah dengan kaedah yang lebih mesra dan santai.

“ Hubungan yang rapat di antara anak usrah (pelajar) dan  Naqib (Ustaz) serta Naqibah (Ustazah) dapat mengurangkan masalah disiplin pelajar ketika berada di sekolah”. Katanya.

Menurutnya, setiap minggu pengisian usrah berbeza mengikut modul yang telah ditetapkan.

Ujar beliau, untuk minggu 1 modul ukhuwah akan diterangkan kepada pelajar, ia meliputi hubungan sesame pelajar, guru-guru, ibubapa serta orang di sekeliling.

Manakala untuk minggu 2, modul kepimpinan akan diterapkan kepada pelajar sebagai contoh, bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik, tanggungjawab pemimpin serta hal berkait dengan pemimpin.

Untuk minggu ke 3, pelajar akan diajar mengenai amal ijtima’I yang menerangkan tentang perlunya berkerjasama dalam sesuatu kumpulan.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



Last Updated ( Tuesday, 23 April 2013 11:51 )