Error

Unit Kurikulum anjur kelas Al-Biruni untuk pelajar

Print

Bandar Sierra, 19 April – Bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam semua subjek yang dipelajari, Unit Kurikulum SRI Al hafidz mengadakan kelas tambahan Al-Biruni untuk pelajar tahun481731_316495591786277_630133109_n


4 yang diselia oleh Ketua Panitia Ustazah Indo Tuo.

“ Kelas tambahan Al-Biruni mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek penting seperti BM, BI, Sains, MT, BA dan bidang agama lain” katanya.

Ujarnya, selain kelas tambahan Al-Biruni, pelajar juga mempelajari teknik menjawab soalan Unit Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada guru-guru berpengalaman yang terdiri daripada ibubapa pelajar SRI.

Tambahnya, melalui kelas tambahan ini, ia dapat memberi pendedahan awal kepada pelajar tahun 4 untuk menjawab soalan UPSR dengan teknik yang betul dan berkesan.

Selain dapat meningkatkan pencapaian pelajar, guru-guru SRI Al-Hafidz juga dapat belajar kaedah pembelajaran dan mengajar yang lebih efektif daripada guru-guru yang lebih berpengalaman.

Kelas tambahan Al-Biruni telah bermula pada bulan Mac dan kelas ini diadakan pada setiap hari Ahad di ajar oleh Mentor guru SRI Al-Hafidz yang berpengalaman dalam dunia pendidikan.

Sehubungan itu, ibubapa diharap dapat menghantar anak pada 21 April ini, untuk menghadiri kelas Al-Biruni yang akan bermula pada 7.00 hinga 10 pagi dengan subjek Bahasa Arab dan jawi.

Untuk melihat gambar sepanjang kelas tambahan Al-Biruni berlangsung sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui: 

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

Last Updated ( Friday, 19 April 2013 12:09 )