Error

Pelajar muslimat tahun 4 wajib bawa telekung

Print

Bandar Sierra, 17 April – Pelajar muslimat tahun 4 diwajibkan membawa kain telekung ke sekolah bermula isnin ini, 22 April.

888888888888888888888Menurut Guru Disiplin, Ustazah Nurhajafarahdila, pelajar juga dinasihatkan untuk membawa kain telekung tersebut dalam beg khas agar mudah disimpan dan dijaga.

 

Katanya, kain telekung hendaklah dibawa setiap hari ke sekolah dan pihak sekolah tidak membenarkan pelajar meninggalkan telekung di surau bagi menggelakkan kehilangan.

Tambahnya, sekiranya pelajar enggan dengan meninggalkan kain telekung di surau, pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan.

Untuk makluman ibubapa, pembawaan telekung ke sekolah bagi mendidik pelajar muslimat khususnya tahun 4 untuk menutup aurat mereka semasa solat.

Hal ini kerana, anjuran agar menutup aurat dalam solat termaktub dalam al-Quran al-Karim.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud  "Wahai anak-anak Adam!Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat(atau mengerjakan solat)."(Surah al-A'raf 7:31).

Ayat ini turun bersebab, diriwayatkan daripada Ibn Abbas dalam Tafsir al-Tabari bahawa pada zaman jahiliyyah dulu ada golongan yang bertawaf tanpa pakaian di Baitullah.

Menurut kebanyakan mufasirin,yang dimaksudkan dengan kata zinah dalam konteks ayat di atas ialah pakaian yang menutup aurat,manakala yang dimaksudkan dengan masjid pula ialah solat.Jadi dapat difahami daripada ayat di atas saranan menutup aurat ketika hendak menunaikan solat. 

Safiyyah binti al-Harith meriwayatkan daripada Aisyah r.ha sabda Rasulullah s.a.w berikut yang bermaksud:"Tidak diterima solat seorang wanita haid(iaitu wanita yang telah baligh,bukannya wanita yang berada dalam haid kerana wanita haid dikecualikan solat atasnya) kecuali jika ia memakai tudung."(riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud.Menurut al-Tirmizi,hadis ini hasan)Sumber http://nuzulpermatailmu.blogspot.com/2012/05/batas-aurat-wanita-dalam-solat.html

Sehubungan itu, pihak sekolah amat mengharapkan agar ibubapa berkerjasama dengan menyediakan telekung bagi anak-anak mereka yang terlibat. Untuk makluman ibubapa, koperasi sekolah juga menjual telekung, sebarang urusan pembelian boleh dilakukan selepas waktu persekolahan. 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



Last Updated ( Thursday, 18 April 2013 11:33 )