Error

Pengambilan Pelajar Baru Tahun 1 Sesi 2015

Print

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...


Kepada tuan/puan yang berminat untuk mendaftarkan anak anda di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, 

Bandar Sierra, pendaftaran untuk temuduga pengambilan pelajar baru Tahun 1 Sesi 2015 telah pun 

dibuka. Berikut adalah syarat-syarat kemasukan ke Tahun 1 Sesi 2015:


1. Berumur 7 tahun atau lahir pada tahun 2008. 

2. Mahir membaca Al-Quran/ sekurang-kurangnya berada pada tahap Iqra’ 4. 

3. Berkebolehan menulis dan membaca jawi. 

4. Menguasai asas Membaca, Mengira dan Menulis’.


• Calon akan dinilai dari beberapa soalan bertulis serta lisan. 

• Sekiranya tuan/puan berminat, sila hantar permohonan anda secara dalam talian di pautan ini http://isis.my/alhafidz/sps/edaftar/reg-std.php 

Tempat adalah terhad kepada 50 orang pelajar sahaja. 

Tarikh temuduga adalah pada 14 Jun 2014 (Sabtu); pukul 8:30 a.m - 11:30 a.m  bertempat di

 Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Bandar Sierra. (Sebarang perubahan akan dimaklumkan)


* Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran SRI Al-Hafidz di talian 088-473 978 pada waktu pejabat.

 

* Status pendaftaran boleh disemak pada pautan ini http://isis.my/alhafidz/sps/ewaris/sta.php

Sekian wassalam

 

"Berilmu, Beramal, Berdisiplin"

Last Updated ( Friday, 09 May 2014 01:18 )