Error

Kelab Pecinta Alam lawat Sabah Wetlands Conservation

Print

Bandar Sierra, 19 Mac – Seramai 25 ahli Kelab  Pencinta Alam telah terlibat dalam lawatan sambil belajar di Sabah Wetlands Conservation di sini hari ini.

Lawatan ini dipantau oleh dua guru penasihat Kelab Pencinta Alam Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz, Ustazah Hafliana dan Puan Suliani.

Lawatan bertujuan untuk mendidik pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar untuk kehidupan generasi akan datang.

Kelab Pencinta Alam yang ditubuhkan Februari tahun ini di bawah Unit Ko Kurikulum bertujuan Untuk menggalak, meningkat dan mengekalkan pengurusan alam sekitar yang cekap dalam menghadapi pembangunan berterusan dan seimbang disamping memastikan alam sekitar yang bersih, selamat, sihat serta produktif untuk didiami.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan keperihatinan masyarakat dalam sekolah dan orang ramai terhadap alam sekitar.

Melalui Kelab ini, pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni alam sekitar dikalangan pelajar dan masyarakat.

Pelajar juga dididik untuk memastikan keunikan kepelbagaian dan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan, kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan hidup pada masa kini dan masa-masa akan datang.

Diharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mewujudkan sikap sayangi alam sekitar dalam diri pelajar.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

aa kk wet 6

aa kk wet2

aa kk wet 7

aa kk wet1

aa kk wet 4

Last Updated ( Thursday, 20 March 2014 07:11 )