You are here: Home AKADEMIK Ko-Kurikulum

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

 

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Ko-Kurikulum

Kegiatan kokurikulum sekolah merangkumi aktiviti luar dari bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan sukan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai tiga jenis aktiviti tersebut dan aktiviti kokurikulum akan diadakan pada setiap hari rabu bermula pada jam 8.00 - 9.15 pagi. Unit Kokurikulum bertanggungjawab dalam mentadbir dan menguruskan ke semua program yang berkaitan dengan aktiviti ko-kurikulum.

A)Menyelaras dan menyelia semua aktiviti kokurikulum Sekolah Rendah Islam Al- Hafidz seperti: 

oKelab / Persatuan

oSukan / Permainan

oBadan Beruniform

B)Menyelaras dan memantau semua program rekreasi / riadah seperti berikut:

oPerkhemahan

oKem cuti sekolah / kokurikulum / motivasi

oTemasya Sukan Tahunan

oKejohanan Olahraga

oSukan Muhibah

C)Memastikan keperluan ko-kurikulum pelajar seperti : 

oKemudahan / peralatan aktiviti

oPendaftaran Kokurikulum Pelajar

D)Mengagihkan dan mengawal selia penggunaan peruntukan yang disediakan mengikut keperluan aktivti kokurikulum. 

KELAB/PERSATUAN

  • Bahasa Melayu
  • BahasaInggeris
  • Bahasa Arab
  • Sains & Matematik
  • Khat

BADAN SUKAN

BADAN BERUNIFORM

  • Kadet Remaja Tunas Islam
  • Nisa’
   Display # 

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

Ustaz-Abdul-Karim-Mohd-Ridhwan.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.