You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

WAKAF

1111awakaf

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Tahun 1

E-mail Print PDF

10 Mac 2011 (Khamis) - Pemeriksaaan kesihatan dilakukan oleh Pegawai Kesihatan dan jururawat dari Klinik Kesihatan Kota Kinabalu (Unit Sekolah). Pegawai Kesihatan dan jururawat yang datang memeriksa pelajar-pelajar dari segi fizikal diri dan seterusnya melakukan suntikan kepada pelajar. Sebelum itu, pelajar-pelajar dibantu untuk melengkapkan Buku Rekod Kesihatan yang diberikan.

Sebelumnya, bermula Isnin (7 Mac), pemeriksaan dilakukan ke atas semua pelajar SRI Al-Hafidz yang melibatkan aktiviti mengukur tinggi, menimbang berat badan dan juga melakukan ujian mata. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mudah.

Sudah pasti Hari Pemeriksaan dan Suntikan hari ini akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar-pelajar tahun 1, terutama yang pertama kali melihat dengan mata sendiri mereka diberikan suntikan ^_^

Pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama dan ucapan TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mengatur para pelajar dan menyediakan kemudahan untuk sesi pemeriksaan kesihatan kali ini. Tidak lupa, ucapan TERIMA KASIH kepada Pegawai Kesihatan dan semua jururawat yang terlibat.

 

Timbang berat badan

 

Mendengar taklimat sebelum pemeriksaan dan suntikan diberikan.
Pemeriksaan oleh Pegawai Kesihatan
Jururawat menjalankan tugas
Tenang menerima suntikan
“Sakiiiiiiit.....”
Wajah-wajah selepas menerima suntikan

Mendengar taklimat sebelum pemeriksaan dan suntikan diberikan.


Pemeriksaan oleh Pegawai Kesihatan 

Jururawat menjalankan tugas 

Tenang menerima suntikan 

 


“Sakiiiiiiit.....” 

 

Wajah-wajah selepas menerima suntikan

 

Laporan olehThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it   ( This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it )

Last Updated ( Thursday, 10 March 2011 18:29 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

fauziah.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.