You are here: Home Sudut Ilmiah Cebisan Tazkirah Anak Comel & Ujian Kehidupan.

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Error
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT MAX(time) FROM awfa_vvcounter_logs
  • DB function failed with error number 1194
    Table 'awfa_session' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT session_id, time, guest, data FROM awfa_session WHERE time > 1594248994
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=INSERT INTO awfa_vvcounter_logs (time, visits, guests, members, bots) VALUES ( 1594249894, 0, 0, 0, 0 )

Anak Comel & Ujian Kehidupan.

E-mail Print PDF
Bak kata orang, ujian tu asam garam kehidupan. Kalau tidak diuji tu bukan manusialah.Betulkah?  Betullah, kerana setiap manusia akan diuji, sama ada melalui nikmat mahupun musibah. Kita hanya manusia yang hanya menumpang hidup di bumi ni. Kita tak boleh lari ujian, lebih-lebih lagi ujian yang melibatkan musibah.Kena hadapi juga! Yalah, Allah SWT dah bagi macam-macam nikmat kepada kita tapi bila dapat musibah nak mengeluh pula.
Saya buat satu analogi, perkara yang selalu kita hadapi. Ada seorang kanak-kanak comel ini, dia selalu dapat macam-macam daripada ibu bapa dia sampaikan dia tak perlu minta pun tapi dapat macam tu sahaja. Sampai satu hari, ibunya mahu menguji ketaatan si anak dengan menyuruh anaknya ke kedai runcit berdekatan untuk membeli barang keperluan. Anak kecil yang comel ini merungut dan tidak mahu pergi kerana terpaksa berjalan kaki dalam panas terik.
Pada pendapat andalah, bedasarkan akal yang waras, wajar tak si anak kecil memperlakukan ibunya sebegitu rupa? Orang dah beri macam-macam, minta tolong sikit tak boleh ke? Hhhhmm... sama jugalah dalam situasi kita sekarang. Allah SWT dah beri kita macam-macam nikmat termasuklah yang kita tak minta pun tapi Allah SWT tetap beri sebab Dia tahu kita memerlukan-Nya, tapi bila datang ujian dari Allah SWT kita mengeluh? Wajarkah? Dalam al-Quran Allah SWT berfirman : "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (29:2-3) 
Lihat, Allah sudah turunkan ayat bahawa Allah akan uji hamba-hamba-Nya yang beriman. Semakin beriman, semakin berat Allah SWT berikan ujian. Allah SWT mahu lihat benarkah kita betul-betul beriman pada-Nya. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun diuji, inikan pula hamba-Nya yang sering lakukan dosa. Ingat, ujian yang kita alami adalah kafarah dosa-dosa kecil yang telah kita lakukan. Sepatutnya kita gembira sebab Allah SWT mahu hapuskan dosa-dosa kecil kita. Bukankah itu satu nikmat? Tidak kiralah seberat manapun ujian Allah SWT, laluilah dengan tenang dan tabah. Jika kita redha Allah SWT itu Tuhan kita dan Nabi Muhammad SAW pula rasul kita, mengapa Qada' dan Qadar-Nya kita tidak boleh terima?
Lihat, betapa sabar dan tabahnya Nabi Daud ditimpa ujian. Sehinggakan isteri dan anaknya pergi meninggalkan baginda yang sedang kesakitan. Namun baginda tetap tabah. Nabi Muhammad SAW, jika kita singkap kembali Sirah Nabawiyyah, baginda pernah dicaci, dimaki dan dibalingkan batu oleh penduduk Thaif ketika berdakwah bagi mengembangkan ajaran Islam. Baginda tetap sabar. Sabarnya baginda sehinggakan apabila malaikat Jibril a.s ingin menawarkan diri untuk menterbalikkan bukit Thaif ke atas penduduknya yang ingkar, baginda menolak. Mulianya dan agungnya Muhammad SAW walapun diuji sebegitu rupa.
Dalam al-Quran lagi Allah SWT berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya. (Mereka berdoa) "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir." (2:286). Jadi, saya menasihatkan diri saya dan pembaca sekalian, yakinlah kepada Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Bila dah dapat musibah, kita cuba muhasabah kembali diri kita. Kenapa Allah SWT datangkan musibah?
Mungkin kita terlalu alpa dan leka. Selalu dengan kemewahan dunia sehinggakan kita lupa Dia yang menciptakan kita. Sehinggakan kita jauh daripada-Nya. Mujur Allah SWT berikan musibah pada kita. Ya lah, bila kita dapat musibah, kita akan terus merintih dan mengadu  pada Allah SWT. Dengan musibah itu jugalah kita sedar daripada kekhilafan kita. Barulah sedar bahawa diri kita jauh dari Allah SWT. Syukur Allah SWT masih lagi memberi kita kesedaran melalui musibah agar kita berubah ke  arah yang lebih baik. Jika tidak, bagaimana mahu menghadap Allah SWT pada hari Akhirat kelak?
Konklusinya, bersabarlah apabila diuji. InsyaAllah, Allah SWT akan melipat gandakan pahala kita atas kesabaran kita. Mungkin ada yang mengatakan, 'cakap senang la, cuba kena dekat diri sendiri. Kalau tulis macam ni semua orang reti.'
Terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menerima atau tidak. Cuma apa yang saya nak katakan, saya juga insan yang lemah, yang kadang kala merasakan beban apabila menerima musibah. Tetapi apa gunanya kita menjadi makhluk Allah SWT. Mengadulah pada-Nya, pasti Dia mendengar.
Ujian itu lumrah kehidupan.
Semoga kita sabar dan tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT,
Semoga kita sentiasa dibawah lembayung rahmat dan kasih-Nya,
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa kita sebelum mengadap-Nya,
Semoga kita hidup dan mati dalam keadaan iman.
Last Updated ( Wednesday, 21 September 2011 07:11 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

fauziah.png

l-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.