You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

WAKAF

1111awakaf

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Seminar Pengajaran dan Pembelajaran SRI Al-Hafidz

E-mail Print PDF

 

Satu Seminar Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah diadakan pada 17 Mei 2011 yang lepas di Bilik Auditorium UMTP di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seminar ini dianjurkan oleh SRI Al-Hafidz dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid UMS.

Seminar satu hari ini dihadiri oleh guru-guru SRI Al-Hafidz sendiri dan guru-guru KAFA dari sekitar Kota Kinabalu. Di dalam seminar ini, para peserta seminar didedahkan tentang pelbagai kaedah dan pendekatan yang boleh digunakan semasa sesi P&P di sekolah. Seminar dimulakan dengan sesi pertama (Penyediaan Diri Seorang Guru) yang disampaikan oleh Ustaz Issraq Hj. Ramli, Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam UMS. Dalam sesi pertama ini beliau menyentuh tentang sifat-sifat asasi seorang guru dari kaca mata Islam, menekankan tentang kepakaran dan penguasaan ilmu yang perlu untuk seorang guru.

Seterusnya pada sesi kedua, Ustaz Muhd Fauzi Hasan, Pensyarah Maktab Kent, Tuaran, Sabah. menyampaikan ilmu Pedagogi Pendidikan kepada para peserta seminar. Beliau mengambil model dan kaedah pengajaran Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik selain mengajak para peserta mendalami ilmu dan kaedah pengajaran yang disampaikan melalui al-Quran. Selanjutnya seminar diteruskan dengan sesi ketiga (Metadologi Pengajaran) yang disampaikan oleh En. Azmi Jali, juga Pensyarah Maktab Kent. Sesi ketiga ini menyentuh tentang pelbagai model pengajaran yang digunakan, peringkat-peringkat pengajaran, kemahiran penyampaian yang perlu ada pada seorang guru, strategi pengajaran serta beberapa pendekatan dan teknik pengajaran.

Seminar diakhiri dengan sesi keempat (Psikologi Pendidikan Kanak-kanak) yang disampaikan sekali lagi oleh Ustaz Issraq Hj. Ramli. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pandangan dan pendapat dari pelbagai tokoh ilmuan pendidikan, yang dulu hingga kini. Penyampaian secara santai dan perkongsian-perkongsian yang amat menarik dari beliau membuatkan peserta tidak sedar masa sehari seminar sudah sampai ke penghujungnya. Terima kasih ustaz.

Seminar ditutup dengan ucapan perasmian penutupan oleh Mudir SRI Al-Hafidz. Kepada semua peserta, pihak urusetia mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yang diberikan di sepanjang seminar satu hari ini. Seterusnya setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Issraq Hj. Ramli selaku Ketua Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid UMS di atas sokongan dan pertolongan yang diberikan untuk menjayakan seminar ini. Jutaan terima kasih juga kepada semua penceramah jemputan di atas ilmu yang diberikan. Diharapkan agar segala ilmu yang diperolehi di seminar ini akan diaplikasikan sepenuhnya nanti dengan bersungguh-sungguh. Semoga segala usaha ini akan diterima sebagai amal di sisi Allah SWT. Ucapan tahniah dan jutaan terima kasih buat semua.

Last Updated ( Saturday, 25 June 2011 14:27 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

siti-rosmadiah.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.