You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

 

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Unit HEM anjur pertandingan 3K

E-mail Print PDF

Bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria, menyeronokkan dan memberangsangkan, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan pertandingan 3K (kebersihan, keceriaan dan keselamatan) yang melibatkan 14 kelas.

 
Majlis yang dirasmikan oleh Mudir SRI Al-Hafidz, Ustaz Mohamad Razlie Mohamad Omar diharap dapat menanam nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, rajin, boleh berdikari dan bertanggungjawab terhadap kelas sendiri.

 
Melalui pertandingan ini, guru kelas dan murid lebih prihatin serta peka terhadap kebersihan dan keceriaan kelas masing masing tanpa mengira waktu.Ini secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang sentiasa cintakan kebersihan dan suasana persekitaran yang ceria samada di rumah mahupun di sekolah. 

 
Pemeriksaan secara berterusan oleh Mudir dan guru penolong Kanan akan menggalakkan guru dan murid bekerjasama membersihkan kelas masing-masing.

 
Diharap setiap kelas menyahut cabaran ke arah mewujudkan tahap keceriaan dan kebersihan kelas yang boleh dibanggakan serta menggalakkan suasana kondusif yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

 
Selain itu, semoga pertandingan ini dapat menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan meningkatkan semangat kepunyaan serta suka datang ke sekolah.

 

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Klinik Dr Mustafa Likas, Restoren Anjung Rasa, Sabariah Tailor , Setiausaha sulit Hj YB Hajiji Hj Noor, ustaz Kasmida Kuzi, Encik Abdul Majid, Encik Noor Azmi, En Mazlee Dindi,  kerana telah menyumbang dana dalam program ini.

 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8


Last Updated ( Wednesday, 01 April 2015 07:09 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

Ustaz-Abdul-Karim-Mohd-Ridhwan.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.