You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

 

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Kursus Guru Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

E-mail Print PDF

Pada 14 Februari yang lepas, Unit Kurikulum SRI Al-Hafidz telah menganjurkan satu Kursus Guru yang telah diadakan di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz. Sebanyak tiga orang penceramah telah dijemput dalam kursus tersebut. Kursus ini adalah sebanyak tiga sesi dan sesi pertama telah dimulakan oleh Cik Hajah Norhayati binti Ismail yang membawa tajuk "Pedagogi Asas Pendidikan". Kefahaman yang tinggi dalam pedagogi akan membantu guru membuat sesi pegajaran dan pembelajaran atau P&P dengan lebih baik dan berkesan.

IMG_0146

Kursus diteruskan lagi oleh penceramah kedua iaitu Ustaz Ibrahim bin Tahir. Sesi kedua adalah lebih kepada motivasi guru menjurus kepada jiwa pendidik selaras dengan Pendidikan Islam. Beliau menerangkan nilai-nilai Islam yang perlu ada dalam jiwa seorang pendidik untuk mendidik anak-anak murid agar berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat.

IMG_0148

Slot terakhir diakhiri dengan Dr. Rosnah Sidek yang telah membawa slot "Pengurusan Bilik Darjah". Guru hendaklah sentiasa kreatif untuk menarik minat anak murid di dalam kelas. Pengurusan bilik darjah yang baik akan membawa kepada suasana P&P yang lebih berkesan.

IMG_0152

Insya-Allah semua guru yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang telah disampaikan dalam Kursus Guru tersebut. Kursus Guru siri 2 akan menyusul lagi pada masa yang lain untuk sentiasa menyiapkan para pendidik SRI Al-Hafidz dengan pelbagai ilmu dalam mendidik anak-anak murid yang akan menjadi generasi al-Quran kelak. Aamiin.

 

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

Ustaz-Abdul-Karim-Mohd-Ridhwan.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.