You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

 

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Syabas dan tahniah adik Ahmad Farhan Ansir

E-mail Print PDF

KOTA KINABALU:Warga Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz mengucapkan syabas dan tahniah

 kepada adik Ahmad Farhan Ansir,11 kerana telah menjuarai program realiti Adik-adikku 

musim kelima.


Persembahan bertenaga peserta berasal dari Tuaran, Sabah dengan membawa lagu Daripada

Kegelapan Kepada Cahaya melayakkannya beliau dinobatkan sebagai juara.


Ia adalah percubaan kedua Ahmad Farhan yang sebelum ini gagal melepasi sesi uji bakat musim

 keempat.


"Kegagalan itu tidak mematahkan semangat saya, malah bekerja keras dan lebih bersedia dengan

 pidato serta lontaran nas al-Quran dan hadis," katanya.


Farhan mengakui dia memberi tumpuan kepada teknik persembahan dan hafazan.


"Saya berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak mengkritik agar saya memperbaiki kelemahan diri.

 


"Murabbi dan rakan seperjuangan banyak memberi dorongan," kata murid Sekolah Rendah Islam

 Al-Hafiz Bandar Sierra, Kota Kinabalu yang mahu melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir.


Program realiti kanak-kanak anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan

 melahirkan ikon kecil Islamik yang bersahsiah, bijak dan tawaduk.


Ahmad Farhan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej umrah, piala pusingan,

piala iringan, al-Quran Digital dan sijil penyertaan.

 


Last Updated ( Friday, 30 January 2015 12:49 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

Ustaz-Abdul-Karim-Mohd-Ridhwan.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.