You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

SRI, MARITIM dan Darussyifa anjur program Semarak Ramadhan

E-mail Print PDF

Bandar Sierra, 30 Julai – Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz dengan kerjasama MARITIM danfakir miskin
Darussyifa Sabah telah menganjur program Sambutan Semarak Ramadhan menuju taqwa pada Ahad lalu, disini.

Menurut Setiausaha program Ustaz Salman, tujuan utama program adalah untuk meraihkan dan menghidupkan suasana nuzul quran di SRI Al-Hafidz khususnya dan di Bandar Sierra amnya.

“ Kami telah menyusun beberapa aktiviti pada program ini, selain aktiviti khatam alquran bersama pelajar SRI, kami turut menyampaikan sumbangan kepada fakir misikin dan anak yatim”, Katanya.

Ujarnya, sebanyak 100 bungkusan berisi makanan asas yang disampaikan oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Dr Aliakbar Gulasan dan beberapa Ahli lembaga lain kepada anak yatim dan golongan yang kurang berkemampuan.

Katanya bagi aktiviti khatam quran, seramai 30 orang pelajar SRI yang diketuai oleh Ustaz Karim Ampakot telah menamatkan 30 juzuk quran yang diadakan setiap hari bermula bulan ramadhan.

Tambahnya, pihaknya juga menganjurkan tazkirah ramadhan sempena nuzul quran yang disampaikan  oleh penulis buku Doa senjata Musim, Ustaz Nik Anuar Zakaria.

Turut hadir ahli lembaga pengarah SRI Al-Hafidz, Encik Adam Jailani S.Shadiqe, Encik Nordin Saad dan Encik Amni

Untuk melihat gambar sepanjang program, sila klik di sini. 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui: 

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477 

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

 

Last Updated ( Thursday, 01 August 2013 15:35 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

fauziah.png

l-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.