You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Error
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT MAX(time) FROM awfa_vvcounter_logs
  • DB function failed with error number 1194
    Table 'awfa_session' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT session_id, time, guest, data FROM awfa_session WHERE time > 1571185533
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=INSERT INTO awfa_vvcounter_logs (time, visits, guests, members, bots) VALUES ( 1571186433, 0, 0, 0, 0 )

Orang ramai dijemput hadir ke Pengajian Kitab

E-mail Print PDF

Bandar Sierra, 25 Jun – Orang ramai dijemput hadir ke program Pengajian Kitab yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Haji Jalaluddin As Sayuti. MudirUstaz Faiez Mohd Daud_small
Madrasah Muhammadiah Pondok Hilir, Kota Bharu Kelantan pada 29 dan 30 jun ini bertempat di SRI Al-Haifdz.

Menurut Penyelaras program Ustaz Faiez Daud (Gambar), kuliah yang berlangsung dua hari berturut-turut akan mengupas kitab Munyatul Musolli bab fekah pada hari sabtu dan pada hari ahad penceramah mengupas kitab Misbahul Munir bab tauhid.

Ujarnya, program akan bermula seawal jam 8 pagi hingga 10 malam pada hari sabtu, manakala pada pagi Ahad Tuan Guru Jalaludin As Sayuti akan merasmikan Madrasah Raudhah Al-Ulum yang baru sahaja dibuka awal bulan lalu dan diterajui oleh beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah SRI Al-Hafidz.

“ Setelah Tuan Guru merasmikan Madrasah Raudhah Al-Ulum pada pagi ahad, program akan bermula selepas waktu zuhur hingga waktu asar di SRI Al-Hafidz”. Katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau menjemput orang ramai untuk menghadiri majlis ilmu yang di yakini ia adalah taman-taman syurga.

“Marilah kita mengorbankan sedikit masa yang kita ada untuk menghadiri majlis ilmu untuk  menambahkan pengetahuan bersama”. Katanya.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tabrani, Rasulullah saw bersabda, "Apabila melewati taman syurga, hendaklah engkau duduk di situ. Istirahatlah kamu di situ." Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, apakah taman syurga itu?" Nabi menjawab, "Majlis-majlis ilmu." Dalam hadith lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majlis. Di majlis itu, tampak ada dua kelompok, di mana yang pertamanya sedang berzikir, sementara yang ke duanya sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok ke dua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majlis ilmu. (Sumber http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=3481 )

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:  

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10  

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8

 

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

fauziah.png

l-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.