You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Error
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT MAX(time) FROM awfa_vvcounter_logs
  • DB function failed with error number 1194
    Table 'awfa_session' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT session_id, time, guest, data FROM awfa_session WHERE time > 1571185411
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=INSERT INTO awfa_vvcounter_logs (time, visits, guests, members, bots) VALUES ( 1571186311, 0, 0, 0, 0 )

KST 8 di Permai D'Valley Ratau

E-mail Print PDF

 

Bandar Sierra, 17 Mei – Sempena cuti pertengahan tahun yang akan bermula 24 Mei depan, SRI Al-Hafidz akan mengadakan Kem Smart Tahfidz buat kali ke-8 bertempat di Permai D’Valley

999kst-896Ratau, Tebobon.  

Menurut Pengarah KST 8, Ustaz Sabahrullah Ishak, KST kali ini berbeza dengan KST yang lepas, kerana kita ingin membuat kelainan.

“ Bagi menarik minat peserta KST dan mampu mengelak peserta merasa bosan, kita telah merancang untuk tinggal di Permai D’Valley selama 2 hari 1 malam”. Katanya.

Ujarnya, kita telah merombak semula pengisian program dengan menambah aktiviti luar supaya peserta mempunyai kemahiran berfikir yang luas.

Namun katanya, kita masih mengekalkan focus utama iaitu melatih peserta untuk menghafal surah-surah dalam Juz Amma dan membetulkan tajwid.

Ujarnya, program ini diadakan untuk mengisi masa lapang anak-anak ketika cuti sekolah.


Jelas beliau, pelajar kini, perlu diimbangi dengan dalam urusan dunia dan akhirat agar bila besar nanti mampu menghindar kemungkaran dan mendekatkan diri kea rah kebaikan.

“ Program ini juga bertujuan untuk mengisi masa cuti sekolah dengan mempelajari ilmu agama dan bersosial sesama kawan-kawan seprogram di dalam satu kelompok terkawal yang berunsurkan islam”. Katanya ketika ditemui. 

Selain itu, program ini juga dapat mentarbiahkan anak-anak dengan pendidikan yang berkonsepkan pelajaran agama bagi menyediakan mereka untuk memasuki pintu kedewasaan. 

Sehubungan itu, beliau berharap agar ibubapa yang berminat boleh menghubungi Cik Jaipah Dasin di talian 088-473978 atau datang terus ke SRI Al-Hafidz. 

Menurut beliau tempat terhad kepada 100 orang sahaja dan yuran untuk pelajar luar RM80 dan untuk pelajar SRI Al-Hafidz RM60 Terbuka kepada pelajar 7-12 tahun. 

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui: 

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10 

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477 

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8 

Last Updated ( Tuesday, 21 May 2013 09:53 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

Ustaz-Abdul-Karim-Mohd-Ridhwan.png

l-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.