You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

Error
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT MAX(time) FROM awfa_vvcounter_logs
  • DB function failed with error number 1194
    Table 'awfa_session' is marked as crashed and should be repaired SQL=SELECT session_id, time, guest, data FROM awfa_session WHERE time > 1571123625
  • DB function failed with error number 145
    Table './a1haf1dz_new/awfa_vvcounter_logs' is marked as crashed and should be repaired SQL=INSERT INTO awfa_vvcounter_logs (time, visits, guests, members, bots) VALUES ( 1571124525, 0, 0, 0, 0 )

SRI Al-Hafidz julung kalinya sertai Ihtifal Murid KAFA

E-mail Print PDF

Bandar Sierra, 13 Mei – SRI Al-Hafidz buat julung kalinya telah menyertai Ihtifal Murid KAFA yang dianjurkan oleh KAFA negeri Sabah bertempat di Sekolah Agama Rakyat Nurul Hikmah901239_336890649746771_295192546_o
Kg Gudon, bagi daerah Menggatal kelmarin.

Seramai 30 pelajar tahun 3 dan 4 telah menyertai program tersebut yang dirasmikan oleh Ustaz Norjeli Bin Haji Dais, Pengarah JAKIM cawangan Sabah.

Menurut Ustazah Siti Nizam Samsudin, program sebegini mampu memperlihatkan kesungguhan pihak penganjur untuk memberi persaingan kepada sekolah agama yang mengaplikasikan program KAFA.

“Saya bersyukur walaupun pelajar SRI Al-Hafidz buat pertama kalinya terlibat dengan pertandingan seperti ini, namum mereka mampu mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan mereka”. Katanya.

Sebanyak 4 acara dipertandingkan dan dibahagikan kepada dua kategori  muslimin dan muslimat. Antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah, bercerita dan nasyid.

Untuk acara tilawah, adik Nurul Khadeeja Nabihah Nordin telah merangkul gelaran juara, manakala bagi kategori muslimin  tiada peserta didaftarkan.

Bagi pertandingan Hafazan, Adik Ahmad Ubaidah Anuar telah mendapat tempat ke-2 bagi kategori muslimin dan adik Atikah Wafiah mendapat tempat ke-3 bagi kategori muslimat.

Pertandingan nasyid pula, SRI Al-Hafidz tidak menghantar wakil namun, SRI Al-Hafidz hanya membuat persembahan Qasidah yang mampu memukau hadirin yang hadir. 

Sehubungan itu, saya berharap agar SRI Al-Hafidz membuat persiapan awal untuk penyertaan tahun depan, memandangkan penyertaan tahun ini agak 'Last Minute'.

Untuk melihat gambar semasa majlis berlangsung sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



Last Updated ( Monday, 13 May 2013 07:32 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

siti-rosmadiah.png

l-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.