You are here: Home

Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz

WAKAF

1111awakaf

DERMA

 

aminta sumbangan

 

Perhimpunan rasmi sekolah pupuk cinta Allah dan Rasul

E-mail Print PDF

Bandar Sierra, 15 Feb – Bagi memupuk semangat cinta kepada Allah, Rasulullah dan SRI Al-Hafidz, satu perhimpunan rasmi mingguan telah diadakan di sini pagi tadi bertempat di tapakmudir
perhimpunan sekolah.

Menurut Mudir SRI Al-Hafidz, Ustaz Anuar Ali (Gambar) semua pelajar dan guru perlu bersyukur kerana Allah s.w.t telah memanjangkan umur untuk kita berjumpa dalam perhimpunan di hari yang mulia (jumaat) dan berharap semua pelajar menjadi pengikut Nabi Muhammad s.a.w yang setia.

Mudir telah memaklumkan beberapa perkara penting kepada pelajar untuk mereka laksanakan bermula minggu hadapan.

“ Semua kelas mesti bersih serta peralatan, buku-buku dan al-quran disusun rapi dalam kelas maing-masing”. Katanya.

Tambah beliau, guru kelas perlu memastikan semua pelajar menjalankan tugas mengikut jadual yang diatur.

Selain itu, beliau juga mengingatkan semua pelajar wajib membawa botol air berisi air kosong dan pelajar dibenarkan membawa botol air tersebut ke dalam kelas. Sekiranya pelajar hendak meminum air, pelajar tersebut boleh minum di dalam kelas setelah meminta kebenaran daripada guru.

Tambah beliau, pelajar hendaklah minum dengan beradap seperti minum dalam keadaan duduk dan berhati-hati serta meminta ibubapa menulis nama pada botol air anak bagi memudahkan guru mengembalikan botol air tersebut sekiranya tercicir.

Ujar beliau, bermula minggu hadapan, pelajar yang hendak keluar kelas mesti memakai pas keluar yang disediakkan bagi menggelakkan pelajar merayau-rayau di kawasan sekolah.

“Pelajar yang keluar dari kelas tanpa memakai pas keluar akan di bawa ke bilik disiplin untuk tindakan dan saya tidak mahu ada pelajar yang tidak masuk kelas”. Katanya.

Untuk melihat gambar sepanjang program sila klik di sini.

Marilah kita menambahkan akaun akhirat dengan memberi sumbangan bagi menjayakan dan mempertingkatkan SRI Al-Hafidz. Sebarang sumbangan untuk SRI Al-Hafidz boleh dihulur ke akaun atas nama sekolah agama rakyat Al-Hafidz melalui:

i)Bank Islam                No Akaun 100 160 100 782 10

ii)Maybank Islamik      No Akaun 560 214 005 477

iii)Bank Muamalat        No Akaun 1001-0002266-71-8



Last Updated ( Friday, 15 February 2013 11:23 )  

Sistem Pengurusan Sekolah

Parent On-Line

11


Al-Quran Al-Kareem

quranabqarie

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Motto: "Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang". Berusaha melahirkan pelajar bertakwa, serba boleh, berketrampilan dengan sahsiah Islam serta mukmin professional hafaz Al-Quran.
Konsep: “Pendidikan Islam Bersepadu” yang mana kurikulum penghafazan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
Matlamat: Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan Akhirat (Qur’anic Center for Success).

Wajah Pendidik di SRI AL-HAFIDZ

mohd-razlie.png

 SRI Al-Hafidz Bandar Sierra, 2-0-16 Shop Lot 16 Ground Floor, Bandar Sierra Phase 1B, KM 20, Jalan Tuaran Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.